PENGENALAN TATACARA MENGIMPAL 3F

Wednesday, 28 October 2015

TAJUK PENGENALAN TATACARA MENGIMPAL DALAM KEDUDUKAN 3F.


 PENERANGAN
 Kimpalan arka tungsten gas merupakan satu proses penyambung logam yang  menggunakan haba  dari arka kimpalan yang mengunakan gas yang tertentu bagi  mendapat satu sambungan yang  bermutu tinggi.Banyak digunakan dalam kerja-kerja yang  memerlukan kualiti penyambungan yang  tinggi,dan proses ini boleh mengimpal hampir  semua jenis logam .Walau bagaimana pun logam  keluli tidaklah di galakan  mengunakannya kerana boleh dilakukan dengan proses kimpalan yang  tertentu di  sekelilingnya,proses kimpalan ini amatlah sesuai.Ini kerna penggunaan gas argon dapat  melindungi sambungan kimpalan tersebut dari dimasuki gas yang ada.Proses ini juga  dikenali  dengan TUNGSTEN INERT GAS atau TIG dan juga dikenali sebagai GTAW atau  GAS TUNGSTEN ARC WELDING.

 PROSES GTAW
 Satu proses penyambungan logam dengan mengunakan haba dari arka elektrik di antara letrod tidak  guna habis dengan benda kerja.Ia di bantu dengan penambahan gas sebagai  pelindung serta tenaga  elektrik bagi mencairkan logam sama ada logam penambah atau  tidak.
 Kaedah turutan penomboran (numbering) yang di syorkan dalam isi kandungan adalah  seperti  berikut:

Gambar rajah 1:Gas tungsten arc (TIG) Welding (GTAW)


       BAHAN YANG BOLEH DIKIMPAL DALAM PROSES GTAW
  • Keluli lembut
  • Aluminium
  • Keluli tahan karat
     TATACARA MENGIMPAL DALAM KEDUDUKAN 3F

 Sebelum memulakan proses kimpalan
 -  Sebelum memulakan proses kimpalan,segala minyak,gris,cat,karat,kotoran dan     pencemaran yang lain harus di bersihkan.

 Cara memulakan arka
-    Memulakan arka boleh dilakukan cara berikut:

    I)   Sentuhkan elektrod pada bendakerja seketika dan kemudian diangkat dengan cepat .

   II)  Menggunakan radas dimana ianya akan menyebabkan percikan api terhasil diantara electrode dan bendakerja.

   III)   Menggunakan radas dimana ianya memulakan dan menghasilkan arka yang kecil dengan menyediakan laluan terion untuk arka utama.

  Penggunaan rod penambah dan pengerakan torch:-

Rod penambah dan torch haruslah digerakan sekata.hujung rod penambah dan cairan logam kimpal yang panas hendaklah diawasi supaya tidak terdedah pada udara atmosfera yang mana ianya akan mencemarkan kawasan kimpal ataupun zon kepanasan terkesan (Heat Affected Zon ).Kadar penggunaan gas pelindung yang banyak dapat menghalang daripada kemasukan udara luar.Gas perlindung yang selalu digunakan ialah gas argon.

Kaedah pengisian rod penambah:

                      i.                     Cara pertama,rod penambah diletakkan pada sudut 15° daripada permukaan benda kerja dan diisikan dengan perlahan kedalam cairan logam.Semasa proses mengimpal dijalan,jangan sekali-kali mengangkat kod penambah sehingga terkeluar daripada kawasan gas pelindung.

                    ii.                     Cara kedua,rod penambah di letakan pada bendakerja selari dengan kawasan yang hendak dikimpal.Rod penambah akan dileburkan serentak bersama-sama dengan hujung sambungan.Cara ini selalunya digunakan pada sambungan lurah V (V Groove) berlapis (Multi pass).

                   iii.                     Cara ketiga,rod penambah diisi kedalam  cairan logam kimpal secara berterusan dengan cara mengayun rod penambah dari sisi  ke sisi.Rod penambah digerakan pada satu arah manakala arka bergerak kearah yang berlawanan,tetapi haruslah dipastikan rod penambah berada dekat dengan arka dan diisi kedalam cairan logam.

  Kedudukan tegak

Merupakan satu kedudukandimana logam diletakkan dalam keadan tegak dengan paksi kimpal juga turut dalam keadan tegak.Tebahagi kepada dua cara yang biasa dilakukan iaitu:-

Mengimpal dari bawah ke atas (up hill )
Merupakan kaedah yang selalu digunakan kerana kepanasan yang dilakuakan oleh logam asas lebih baik jika dibandingkan dengan cara dari atas ke bawah.

Kebaikan mengimpal dai bawah ke atas(down hill)
- Menghasilkan ketelusan yang baik.
- Menghasilkan rupa bentuk batas yang cembung.
- Mudah mengawal kecairan logam yang menurun.
- Hanya menggunakan sedikit arus jika dibandingkan dengan mengimpal   pada kedudukan rata menggunakan saiz letrod yang sama.

Mengimpal dari atas ke bawah (Down hill)
Ini merupakan satu teknik mengimpal yang agak sukar dilakukan kerana leburan logam terlalu cepat mengalir turun dan sukar dikawal.Mengimpal dengan kaedah ini hanya sesuai dilakukan pada logam nipis yang mana tidak memerlukan kepanasan yang banyak ketika mengimpal.Batas yang terhasil akan berbentuk rata cekung (concave).Cara ini mudah berlaku slag dan juga logam kimpal yang tidak lebur.

Kebaikan mengimpal dari atas ke bawah
- Menghasilkan ketelusan yang baik.
- Menghasilkan batas yang berbentuk cekung.
- Mudah mengawal kecairan logam dan mudah membentuk bead.
- Hanya menggunakan sedikit arus berbanding dengan kedudukan rata.



POSTER MENGIMPAL DALAM KEDUDUKAN 3F PROSES GTAW