TAJUK : PENGENALAN TATACARA MENGIMPAL DALAM KEDUDUKAN 3F.
PENERANGAN
Kimpalan
arka tungsten gas merupakan satu proses penyambung logam yang menggunakan haba dari arka kimpalan yang mengunakan gas yang tertentu bagi mendapat satu
sambungan yang bermutu tinggi.Banyak digunakan dalam kerja-kerja yang memerlukan kualiti penyambungan yang tinggi,dan proses ini boleh mengimpal
hampir semua jenis logam .Walau bagaimana pun logam keluli tidaklah di galakan mengunakannya kerana boleh dilakukan dengan proses kimpalan yang tertentu di sekelilingnya,proses kimpalan ini amatlah sesuai.Ini kerna penggunaan gas argon
dapat melindungi sambungan kimpalan tersebut dari dimasuki gas yang ada.Proses
ini juga dikenali dengan TUNGSTEN INERT GAS atau TIG dan juga dikenali sebagai
GTAW atau GAS TUNGSTEN ARC WELDING.
PROSES GTAW
Satu
proses penyambungan logam dengan mengunakan haba dari arka elektrik di antara
letrod tidak guna habis dengan benda kerja.Ia di bantu dengan penambahan gas
sebagai pelindung serta tenaga elektrik bagi mencairkan logam sama ada logam
penambah atau tidak.
Kaedah
turutan penomboran (numbering) yang
di syorkan dalam isi kandungan adalah seperti berikut:
Gambar rajah 1:Gas tungsten arc (TIG) Welding (GTAW)
BAHAN YANG BOLEH DIKIMPAL DALAM PROSES GTAW
- Keluli lembut
- Aluminium
- Keluli tahan karat
TATACARA MENGIMPAL DALAM KEDUDUKAN 3F
Sebelum
memulakan proses kimpalan
- Sebelum memulakan proses
kimpalan,segala minyak,gris,cat,karat,kotoran dan pencemaran yang lain harus di
bersihkan.
Cara
memulakan arka
- Memulakan arka boleh dilakukan cara
berikut:
I) Sentuhkan
elektrod pada bendakerja seketika dan kemudian diangkat dengan cepat .
II) Menggunakan
radas dimana ianya akan menyebabkan percikan api terhasil diantara electrode
dan bendakerja.
III) Menggunakan
radas dimana ianya memulakan dan menghasilkan arka yang kecil dengan
menyediakan laluan terion untuk arka utama.
Penggunaan
rod penambah dan pengerakan torch:-
Rod penambah dan torch haruslah
digerakan sekata.hujung rod penambah dan cairan logam kimpal yang panas
hendaklah diawasi supaya tidak terdedah pada udara atmosfera yang mana ianya
akan mencemarkan kawasan kimpal ataupun zon kepanasan terkesan (Heat Affected Zon ).Kadar penggunaan gas
pelindung yang banyak dapat menghalang daripada kemasukan udara luar.Gas
perlindung yang selalu digunakan ialah gas argon.
Kaedah
pengisian rod penambah:
i. Cara
pertama,rod penambah diletakkan pada sudut 15° daripada permukaan benda kerja
dan diisikan dengan perlahan kedalam cairan logam.Semasa proses mengimpal
dijalan,jangan sekali-kali mengangkat kod penambah sehingga terkeluar daripada
kawasan gas pelindung.
ii. Cara
kedua,rod penambah di letakan pada bendakerja selari dengan kawasan yang hendak
dikimpal.Rod penambah akan dileburkan serentak bersama-sama dengan hujung
sambungan.Cara ini selalunya digunakan pada sambungan lurah V (V Groove) berlapis (Multi pass).
iii. Cara
ketiga,rod penambah diisi kedalam cairan
logam kimpal secara berterusan dengan cara mengayun rod penambah dari sisi ke sisi.Rod penambah digerakan pada satu arah
manakala arka bergerak kearah yang berlawanan,tetapi haruslah dipastikan rod
penambah berada dekat dengan arka dan diisi kedalam cairan logam.
Kedudukan
tegak
Merupakan satu kedudukandimana logam
diletakkan dalam keadan tegak dengan paksi kimpal juga turut dalam keadan
tegak.Tebahagi kepada dua cara yang biasa dilakukan iaitu:-
Mengimpal
dari bawah ke atas (up hill )
Merupakan kaedah yang selalu digunakan
kerana kepanasan yang dilakuakan oleh logam asas lebih baik jika dibandingkan
dengan cara dari atas ke bawah.
Kebaikan
mengimpal dai bawah ke atas(down hill)
- Menghasilkan ketelusan yang baik.
-
Menghasilkan rupa
bentuk batas yang cembung.
-
Mudah mengawal
kecairan logam yang menurun.
-
Hanya menggunakan
sedikit arus jika dibandingkan dengan mengimpal
pada kedudukan rata menggunakan
saiz letrod yang sama.
Mengimpal
dari atas ke bawah (Down hill)
Ini merupakan satu teknik mengimpal
yang agak sukar dilakukan kerana leburan logam terlalu cepat mengalir turun dan
sukar dikawal.Mengimpal dengan kaedah ini hanya sesuai dilakukan pada logam
nipis yang mana tidak memerlukan kepanasan yang banyak ketika mengimpal.Batas
yang terhasil akan berbentuk rata cekung (concave).Cara
ini mudah berlaku slag dan juga logam
kimpal yang tidak lebur.
Kebaikan
mengimpal dari atas ke bawah
- Menghasilkan ketelusan yang baik.
-
Menghasilkan batas
yang berbentuk cekung.
-
Mudah mengawal
kecairan logam dan mudah membentuk bead.
- Hanya menggunakan sedikit arus berbanding dengan
kedudukan rata.
POSTER MENGIMPAL DALAM KEDUDUKAN 3F PROSES GTAW
POSTER MENGIMPAL DALAM KEDUDUKAN 3F PROSES GTAW
casino games | Dr. MD
ReplyDeleteThe most played 공주 출장안마 casino games in the world are 서울특별 출장샵 blackjack, roulette, craps, 전주 출장마사지 and video poker. And 성남 출장안마 those are the most fun casino games in 대구광역 출장안마 the country.